~tAhuN BarU~

tahun baru yang indah..
semoga aku dapat merasai keindahannya..
keindahan hanyalah sementara namun itu yang sering dicari-cari..
jika diizinkan, berikanlah aku peluang itu..
ingin menggapai sesuatu yang berada di depan mata..
tidak tercapai kerana tanpa hati yang kuat..
pegangan itu akan terlerai juga..
pahit manis menempuh tahun lalu dijadikan kenangan..
kenangan yang jangan sesekali dilupakan..
namun yang buruk itu jangan di ulangi..
aku ingin menoleh kehadapan..
hilangkan segala duka dan lara..
bina segala harapan yang membina..
bukan untuk menongkah langit..
tetapi cuba untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain..

tahun lalu banyak mengajarku erti sabar..
erti kasih..
erti sakit..
kekuatan yang lahir dari kejatuhan..
hiraukan apa yang orang pekikkan..
apa yang dicanang..
hanya aku sahaja tahu siapa aku..

hajat tahun baru hanya satu..
kurniakanlah aku sedikit sinar kebahagian..
aku sentiasa menunggu..
walaupun ape yang telah berlaku..
tidak pernah buat aku goyah untuk mempertahankannya..
jangan lah kau risau..
aku tahu dimana tahap ku..
janganlah takut dengan ku..
tidak salah jika mencuba..
itulah azam ku..

No comments:

Post a Comment