~sEMAkiN maTAng~

aku cuba ke depan..
aku mula melangkah demi satu tapak ke satu tapak..
adakah aku akan berjaya menggapai matlamat ku??
aku tidak cuba untuk lari dari kenyataan..
tapi setiap nasihat yang aku terima buat aku sedar..
menunggu bukan jawapannya..
tetapi sentiasa bergerak..
mencari jawapan yang pasti..
tapi janganlah dilupakan apa yang telah berlaku..
kerana itu adalah pengalaman..
pengalaman yang mengajar aku untuk menjadi semakin matang..
jika dikira apa yang telah terjadi..
pernah terjadi..
akan terjadi..
aku nampak apa yang sedang berlaku..
aku faham..
itu bukan kehendak ku..
tapi itu adalah jalan yang harus aku lalui..
hati sentiasa mendoakannya..
aku tak akan lupa akan kasih ku padanya..
namun hati ini perlu sedikit kasih jua..
aku belum jumpa yang abadi..
namun akan aku jaga yang ada disekeliling ku..
hidupku yang lepas lebih menakutkan jika aku masih bersedih pada masa kini..
janganlah benarkan aku menoleh kebelakang..
dan jangan pula dihalang aku ke hadapan..
aku perlu semakin matang..
bukan untuk sesiapa..
tetapi untuk diriku..
hatiku..

No comments:

Post a Comment