~kERinG~

terasa tawar..
tandus dan kering..
keadaan hati ini yang cuba untuk bangkit..
menanggung kesakitan dahulu..
barulah wujud kedamaian..
semoga pengorbanan ini berbaloi..
aku cuba menjadi yang terbaik..
bukan kerana lemah tetapi cuba untuk merawat hati..
roda ku bukan lagi di tahap yang normal..
aku sangat arif dengan putaran ini..
doa hanya mengiringi agar ia kembali normal..
kering dan tandus..
setandus kerinduan yang berbuku..
kembalikan lah dia yang lama..
dia yang aku mula-mula kenal dulu..
bantu aku untuk bangkit dari kejatuhan..
ku tahu tiada yang sempurna..
tetapi tidak salah bagi kita untuk menjadi kearah kesempurnaan..
biarlah ia tumbuh harum mewangi..
janganlah membuang waktu dengan kata-kata perpisahan..
kerana begitu payah mengharungi segalanya..
sangat sia-sia jika di tinggalkan hanya di separuh jalan..

No comments:

Post a Comment