~hILanG~

hilang tanpa pengganti...
pergi tak akan kembali...
mungkin itu yang sedang terjadi...
hakikat kehidupan tak pernah kekal abadi...
hati sering bersendiri..
mungkin untuk mengubati...

keikhlasan hati ku sentiasa terbuka..
ikhlas terhadap segala-galanya...
di saat-saat akhir ini aku ingin sekali melapaskan..
maafkanlah aku yang sering kali menyusahkan dirimu...
maafkanlah aku yang tidak pernah memahami sifat mu..
aku hanya ingin bersahabat..
walaupun aku tidak pernah diberi peluang mendekati  hati mu..
aku akan sentiasa menjaga perasaan ini..
perasaan keseorangan...
janganlah tersalah anggap...
kau adalah sahabat terbaik ku...
aku menjauh bukan membenci..
tetapi aku sekadar menjaga hati..

jauhnya aku dari mu...
kuranglah terasa dengan apa yang berlaku..
aku tahu kau sangat sibuk dengan matlamat..
begitu juga aku...
aku memberi ruang...
sekali lagi aku ingin katakan...
aku tidak pernah marah kepada mu..
hanya tali itu telah hilang..
terlerai dari ikatan...

~nASib~

nasib. ajal dan maut telah ditentukan..
termasuk lah jodoh dan apa yang bakal berlaku..
tapi apakah nasib ku??
xdapat untuk ku duga..
sering juga aku cuba untuk bertanya..
namun aku tahu...
tiada siapa yang mampu untuk menjawapnya..
melaikan Dia..

sering aku merungut..
beginikah nasibku??
sering kali tidak secerah langit dan sedingin angin bayu..
adakah aku terlalu mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi??
itu lah manusia..
tidak pernah puas..
aku??
juga begitu...

aku rindukan kenangan dulu.
itulah nasib..
segala yang indah itu tidak pernah kekal..
tidak pernah bertahan...
kenapa???
sebab Dia mahu aku cuba mencari kebahagiaan itu..
sehingga aku dapat merasakan kemanisannya..

nasib....
semoga nasibku cerah di suatu hari..
semoga nasib ku telah ditentukan dengan sebaik-baik kehendakNya...
aku harap itulah nasib ku..

~fLy~

semakin hari semakin jauh..
perasaan menjauh juga semakin tebal..
membebalkan hati..
mendiamkan diri...

izinkanlah aku terbang..
terbang bersama kenangan..
kenangan yang aku tahu..
tidak pernah kekal lama...
adilkan??

tiap2 bait lagu kenangan aku putarkan...
semuanya mengingatkan aku tentang tempat yang kejam ini...
kejamnya sehingga luka itu terasa terdalam...
dalam hingga menguris setiap inci hati ini...
benarkanlah aku bernafas..
untuk yang ke terakhir kali...

tak semua orang faham diri aku...
siapa aku...
tiada sesiapa yang pernah cuba untuk menyelongkar...
bukan aku yang mengunci hati ini..
bukan aku cuba menjadi sepi...
aku juga inginkan perasaan itu..

biarlah sejarah di sini mati di sini..
aku hanya ada beberapa minggu sahaja..
aku akan terbang..
jauh dari derita di sini...
izinkanlah...

~biaRKan~

biarkanlah aku menjaga perasaan ini...
hanya aku sahaja yang mampu memahami isi hati ku...
penat sudah aku tempuh pelbagai dugaan...
hati ini masih lagi rapuh...
biarkanlah...

lepaskanlah aku dari dibelenggu seksaan ini...
berilah peluang untuk menjaga hati..
aku tahu kau juga sering di sakiti...
tapi izinkanlah berkongsi bersama..
bukan di pendam..
ditaburkan marah...
aku terasa..
aku terluka...
aku harap kau tahu..

~ASing~

aku masih lagi orang asing baginya..
walau apa pun yang terjadi..
orang asing akan sentiasa menjadi orang asing..
hati pilu..
sabar sentiasa..
sedangkan aku sentiasa menjaga dan bertanya..
mungkin di situ salah ku..

maaflah...kau sering berdiam
izinkan ku bertanya di manakah salah ku..
kerana aku sering terluka bila di perlakukan sebegini..
aku sering berjadi orang asing dalam sekelip mata..
seperti aku bukan sesiapa bagi mu...

adakah memang benar...
orang asing akan sentiasa menjadi orang asing~

~aGaiN~

esok hari jadinya lagi...
namun kali ini sangat berbeza..
aku tidak lagi bersamanya..
tidak seperti dahulu..
tiada apa-apa hubungan lagi..
aku masih merindui apa yang pernah kami lalui bersama..
susah bersama..
senang bersama...

kalau lah aku tidak terlalu berharap...
kalau lah aku tidak terlalu memaksa...
ingin sahaja aku ucapkan selamat hari jadi kepadanya lagi..
buat kali yang terakhir...
aku hanya lihat dia dari jauh..
jauh dari sudut hati...
sedangkan aku tak mampu nak menatap wajahnya..
kenapa luka di hati ini begitu sukar untuk di ubati??

jika aku masih sempat mengucapkan nya lagi...
ingin aku sambut seperti dulu..
di mana dia tidak akan rasa kesunyian...
di mana dia akan rasa ada seseorang yang dia boleh berharap..
bergantung...
aku teringin menjadi orang itu...
tapi aku tak mampu..

berat lidah ini ingin mengucapkan...
hati sering berkata..
perlukah aku???
sedangkan ketika giliran aku menjelang...
mereka langsung tidak berbuat apa-apa..
dia juga membisu...
aku tidak mahu membalas sebegitu...

hadiah untuknya masih aku simpan...
rapi dalam simpanan...
aku tetap akan mengingati tarikh esok...
tarikh yang amat bermakna untuknya...

selamat ulang tahun...
aku masih tidak mampu menyebut namamu...
semoga Allah mengasihimu..
insyaallah..
aku masih mendoakan mu..
masih..
aku masih ingatkan mu..
masih...
semoga kau mendapat kebahagiaan..
itulah doa ku untuk mu..
selamat hari jadi..

~akUi~

aku akui diri ini selemah-lemah manusia
mudah merintih
mudah simpati
mudah menaruh hati
tetapi aku bukan jenis yang mudah melupai
segala yang berlaku sering bermain di ingatan
sekecil mana pun peristiwa itu aku pandang berat
itulah aku

aku akui diri ini tidak sempurna
aku sering melakukan kesalahan
kesilapan
namun itulah aku
hanya ingin mencari sedikit kebahagiaan
dari insan terdekat
namun itu hanya sebuah mimpi indah
yang sering menghantui tidurku

aku masih lagi berhajat
untuk memiliki kasih dari seseorang
cukuplah kasih dan perhatian
tidak lebih tidak kurang
menemani hati yang sepi ini
sering kesunyian
inginkan kegembiraan seperti dulu

aku ego
aku sedar aku keras kepala
aku menjaga maruahku
sebaik-baiknya dari dipijak lagi
aku akui aku begini

~IndAH~

bangun dari tidur seakan-akan mahu lari dari dunia realiti
penat sudah menjalani kehidupan yang perit tanpa hala tuju
keinginan dan permintaan seakan-akan tidak seiring
mengimbas kembali kenangan dulu tidak akan mematangkan pemikiran aku
sering sendiri menjadi peneman diri
tatkala melihat yang lain mampu bergembira dengan takdir masing-masing
kenapa tidak aku?? aku juga perlu mencoba menjadi yang terbaik
aku bangun dari mimpi lagi
adakah mimpi ngeri?? mimpi indah??
walau manis sekali pun mimpi itu, ia tetap hanya sebuah mimpi
tidak pernah menjadi titik noktah perjalanan aku
aku masih mengkagumi mereka
tapi sampai bila?
sehingga aku masih mengingati mereka sebagai masa silamku
tiada dendam yang terpahat
bukan ego yang berkarat
tetapi hanya kerana ingin memberi ruang melupakan segala yang pahit untuk ditelan
segala yang haram untuk di pendam
aku masih mengingati setiap detik perjalanan ku
seakan-akan rosak dipertengahan jalan
mungkin adil bagiku
aku terima takdirnya
persenda dan caci maki sudah lali sejak azali
aku masih lagi mahu bermimpi indah
mungkin kali ini tidak lagi mahu bangkit
bangkit dalam keadaan sakit

~sUKe~

suka..
bergantung kepada situasi..
janganlah di canang siapa yang aku suka..
sebab itulah aku..
janganlah di hina apa yang aku suka..
aku tak menganggu hidupmu..

suka..
aku akui aku bukan sebaik-baik manusia..
tetapi aku masih lagi makhluk ciptaanNya..
aku tak lari dari berlaku curang..
aku masih bersifat songsang..
itulah diriku..
itu perihal aku..
salah ku..
buruk ku..

suka..
suka aku secara mendalam..
tetapi bukan untuk batin semata-mata..
aku hanya suka..
aku bukan seperti mereka...
menukar penampilan..
menukar yang azali..
aku masih aku...

suka..
suka aku sering dianggap salah..
memang...
seringkali salah..
suka aku mengundang padah..
namun itu perasaan yang ikhlas..
aku ikhlas menyukai..
aku tidak memaksa disukai..
cuma izinkan aku menjalani kehidupanku..
tidap pernah aku mengganggu gugat kehidupanmu...

suka..
satu hari nanti..
aku berharap..
aku pohon.
ada jodoh buatku..
jodoh abadi..
untuk aku...
yang sering keseorangan..

~bEraT~

mudah untuk tuturkan maaf..
tapi berat untuk melupakan segala-galanya..
kenape begitu payah??
apakah sebabnya??
jika diikutkan perasaan, hati ini sudah tiada lagi..
jika dihitung penyesalan, aku tak ingin kembali..
namun, mudah untuk kata-kata maaf itu..
setelah aku diperlakukan seperti itu??


aku seakan-akan menyesal..
menyesal menabur bakti..
hati ini terluka jauh kedalam..
sedangkan aku keseorangan menanti sebuah persahabatan..
dengan mudah kau meluahkan kata-kata nista..
aku tahu segalanya..
tidak perlu diperbesarkan salah ku..
aku masih menyimpan perihalmu..
sebab aku tahu, apa layakku untuk menghebahkannya..
kau lebih dipandang mulia..


aku telah memaafkan mu..
tetapi setiapkali aku melihat kembali kata-kata yang ditujukan kepadaku..
aku terasa sakit..
begitu teruknya aku sehingga dilabelkan sebegitu..
di manakah hati mu??
secara terang-terangan coretan di segenap itu untuk aku...
perit hati ini..
sakit tak terperi..
aku tahu aku tidak layak sama sekali..


aku hanya tempat persingahan untuk kau melepaskan kesunyian..
aku hanya insan yang bodoh terlalu mengagungkan sesuatu yang aku tahu akan menjadi begini..
inilah insan yang dulu sanggup berbuat apa sahaja untuk kau..
tetapi kau hanya mengira dari segi kesalahan yang telah aku lakukan dari segala apa yang telah aku korbankan..
sehingga kini, aku tak mampu menahan kesakitan ini,,
aku gagahkan diri dengan kembali seperti dulu..
tapi kau yang pergi dulu..
mungkin itu adalah yang terbaik..
putuslah sebuah ikatan persahabatan itu..
demi nama baikmu..
demi perasaanmu..
berat kaki ingin melangkah..
berat lagi hati menanggung penghinaan..
hiduplah kau dengan gembira..
aku cuba lupakan apa yang berlaku..
aku cuba..

~pERGi jUA~

dia pergi jua akhirnya..
pergi jauh dari aku..
sejauh-jauhnya tanpa berita..
aku masih tidak puas menatap kenangan..
segalanya ingin aku putar kembali..


dia pergi jua akhirnya..
meninggalkan aku dengan tekadnya..
seribu pertanyaan menerjah..
perlukah aku bersuara??
sedangkan aku tak pasti apakah jawapannya..
jawapan yang pedih dan menyakitkan..


dia pergi jua akhirnya..
sedang aku cuba melupakan segalanya..
aku cuba memendam agar tiada ikatan yang terlerai..
mungkin aku lambat bertindak...
tidak sempat aku ucap selamat tinggal..
hati berbaur pelbagai perasaan..
adakah ini yang terbaik???
mungkin juga ini yang dikehendakiNya..


dia pergi jua akhirnya..
dalam hati aku teramat merinduinya..
walau tidak terlahir pada zahir..
apakan dayaku..
aku bukan sesiapa..
tiada erti...
cukup la aib yang aku terima itu...
aku redha..


dia pergi jua akhirnya..
aku tidak pernah membencinya...
kerana sudah berkali-kali aku katakan..
aku hanya ada dia dalam hati ini..
hanya dia yang mengisi kekosongan persahabatan ini..\
mungkin aku terlajak..
aku akui salah ku..
walau tiada ruang itu..
itu takdirku..


dia pergi jua akhirnya...
dalam hati merinduinya..
aku cuba melupakan...
benci hanya akan menyakitkan...
tapi sayang mudah dilupakan..
insyaallah allah akan membuka hati ku...
memberi seseorang seperti kau untuk aku..
aku tunggu..


pergilah kau dengan tenang..
doa aku sentiasa bersama kau..
segalanya aku simpan agar aku belajar erti keikhlasan..

~DEngARLAH~


Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

Andai dapat ku genggam erat jari-jemarimu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapanku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untukmu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku

Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaianmu dan manjamu kasihku

Ku merindu padamu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaianmu dan manjamu kasihku

Terlebih rindu. Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya

Semusim telah berlalu menggamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa dirimu kasih
Tak terdaya ku meluahkannya

~dIaM~

diamkan sahaja..
biarlah dia sahaja yang berkata-kata..
cukuplah dengan apa yang berlaku..
kini aku semakin mengerti..
terasa kesal..
sebab terus menuding jari..
oleh itu..
diamkan sahaja..
itu haknya..

~LeaVE~

pergilah jika kau mahu pergi..
pergilah jika itu yang terbaik..
pergilah jika itu mampu membahagiakan mu...
aku di sini akan sentiasa mendoakan mu..
mendoakan kesejahteraan mu..
kebahagiaan mu..
sebab aku tak mampu hidup tanpa kau di sini..
sekurang-kurangnya aku dapat cuba melupakan kau..


tapi mengapa bukan dari dirimu aku tahu??
bukan darimu aku mengerti??
jika kau ikhlas..
khabarkan lah..
aku cuba fahami..
aku cuba kenangi..


bukan aku membenci..
sedangkan hati ini sarat dengan rindu..
namun aku seakan-akan tidak diperlukan..
ibarat barang terbuang..
tidak bernilai..


pergilah jika kau rasa ini yang terbaik..
aku bukan lah sesiapa untuk menghalang mu..
aku hanya insan yang terlalu sayangkan hubungan ini..
ini takdirnya, aku redha..

~nIcE~

menjadi seperti dulu??
mungkin tidak..
kerana ramai yang benci aku yang dulu..
apa salahnya aku cuba mengubah diri..
agar menjadi lebih bagus dari dulu..
walaupun masa dulu amat aku rindui..
amat aku cemburui..
aku cuba hiraukan apa yang cuba kau katakan..
sebab aku tahu segalanya untuk aku..
bukan aku mampu menutup segala kebenaran..
walaupun aku tahu kebenaran itu sangat menyakitkan..
lebih baik aku diamkan demi aku, kau dan dia..
telah lama aku menyepi..
kini aku cuba menjadi yang terbaik kembali..

~hONesT~

sejak bila aku suka kan kau??
sejak mula-mula aku bertapak di sini..
adakah ini hanyalah kata-kata kosong??
tidak, aku ikhlas..
sejak mula-mula aku nampak kau..
aku sangat berharap aku dapat mengenali kau dengan lebih rapat..
namun kau tak akan perasan..
jarak masih memisahkan kita..
aku putuskan untuk menunggu hari itu datang..
jika takdir akan menemukan kita..
insyaallah..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak mula-mula aku beranikan diri menegur kau..
kau sangat baik..
seperti yang pernah aku cuba bayangkan..
tapi siapakah aku ketika itu??
hanya seorang manusia yang ketandusan hati..
tanpa teman di sisi..
kau hadir ketika aku sunyi..
bersyukurnya aku..
doa aku telah makbul..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak aku terasa aku sudah menemui siapa yang boleh aku harapkan..
ketika itu, aku ketepikan segala masalah aku..
kerana bagi aku cukuplah jika aku ada kau seorang..
tiada lagi hati lain yang perlu aku jaga..
seolah-olah aku mendapat kekuatan untuk teruskan kehidupan ini..
sekali lagi doa aku dimakbulkan..
alhamdulillah..
aku bersyukur kepadaNya..


namun..
semakin hari semakin banyak dugaan yang aku hadapi..
aku sudah terikat dengan permainan hati aku sendiri..
aku tidak seharusnya terlalu mengharap..
tiada yang kekal dalam dunia ini..
setiap hari aku kekal berdoa..
dengan harapan kekal lah hubungan ini..
aku cuba berubah..
berubah untuk menjadi yang terbaik..
aku ubah perasaan ini..
agar hubungan ini diredhaiNya..
aku cuba berlagak seperti biasa..


tapi..
aku semakin letih..
aku seakan-akan berputus asa..
adakah ini penghujungnya??
adakah ini jalan yang telah Dia tentukan untuk aku??
sesungguhnya sesuatu hubungan itu adalah suci..
adalah biasa jika sekali sekala di landa ombak..
namun aku tahu, sekuat mana aku menafikan..
aku sendiri sudah tahu dengan jelas jawapannya..
perlukah aku berputus asa??


hati..
permainan hati memang kejam..
cukuplah dengan hati-hati yang sudah banyak aku lihat terluka..
sekiranya aku diberi peluang..
aku ingin pergi jauh dari sini..
jauh dari segala sengsara yang tak pernah sekali aku inginkan..
bukan aku cuba menidakkan kuasaNya..
aku hanya manusia biasa..
aku tak kuat sekarang..
aku perlukan seseorang..
seperti dulu..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak dulu, kini dan selamanya :'(

~iT's hApPEN~

ia sudah terjadi..
mampukah aku menahannya??
adakah aku sekuat itu??
oh tuhan..
berikanlah aku kekuatan..
aku akui..
ini jalan yang telah kau tentukan..
namun, masihkah ada kesempatan untuk aku??
untuk bersamanya??
biarlah yang terjadi menjadi kenangan..
tapi janganlah diragut kenangan ku itu..
aku sayangkan hubungan ini tuhanku..

~nOBodY~

gelak kegembiraan..
cuba sembunyikan segalanya-galanya..
hati ini masih cuba untuk bertahan..
walaupun aku tahu tanpa mu hidup aku tak lengkap..
semakin hari aku semakin malas berdoa..
sedangkan dahulu itulah yang aku pohonkan..
aku seakan-akan semakin berputus asa...
Tuhanku..
kuatkanlah hatiku..
sekelip mata menjadi asing sangat berat bagi aku..
aku tahu aku bukanlah sesiapa..
aku cuba berserah..
aku redha dengan jalan yang telah Kau tentukan....

~tEmAn~

aku berteman pilu..
bersahabatkan duka..
bermimpikan lara..
aku rela mengalah selalu..
inikah yang harus aku terima..
walaupun aku cuba menjadi setia..
hebatnya lakonan aku..
namun sehebat mana aku cuba sembunyikan..
sekuat mana aku nafikan..
aku tak mampu tipu hati aku sendiri..
kejamnya dunia ini bagi aku..
terasa asing dengan sekelip mata..
apakah lagi yang perlu aku pertahankan?? mampukah aku teruskan..
sedangkan aku hanya bertemankan sepi..
aku rindu sinar yang dahulu..
menyinar setiap pagiku..
setiap nafas ku..
kini terbenam tanpa sebarang cahaya..
hilang meninggalkan aku..
temani lah aku kembali..
rayu ku..

~hAVe tO~

i miss u..
miss the whole of you..
where i can find someone like you??
now i have to go away..
far away from you..
coz i don't want have a wrong feeling..
i'm already fall to you..
i have to..
u wanna be alone..
i leave you alone..
even my heart so hard to..

~hAd To~

i had to...
even it hard to me..
but i have to..
for my heart..
for my soul..
for my life..
i have life to move on..
not just for a while..
but forever..
please take care of yourself..
i love u more than u know..
just i can't take it anymore..
i just can't do it now..
it's like i have to give up..
no i can't..
please be strong..
i had to stay at the save side..
coz i don't wanna be hurt anymore..

~sHOuld I??~

perlukah aku berlagak seperi biasa??
sedangkan ia sudah menjadi luar biasa...
perlukah aku terasa??
walaupun hakikatnya lebih berbisa..
perlukah aku mengundurkan diri??
namun hati berat melangkah pergi...


disaat aku menunggu...
tiada yang tiba..
disaat aku pergi...
tiada yang bertanya..
disaat aku menanti..
tiada yang memperduli..


bahagianya jika aku menjadi dia..
menjadi perhatian..
kegemaran sesiapa sahaja..
dari segala segi...
aku??
tiada apa-apa yang istimewa..
aku cuba menjadi sempurna..
namun gagal..
gagal dengan percubaan sendiri..


perlukah aku berputus asa??
sedangkan aku masih mengharap...
perlukah aku menanti??
walaupun aku tahu jawapannya perit..
aku harus melepaskannya..
buat seperti biasa..
biarlah kau tidak memperdulikan aku...
aku sudah jalankan tanggungjawabku..
terima kasih :)

~bERHEnti BERhaRap~

aku berhenti berharap..
seakan-akan berputus asa..
namun sekuat mana aku cuba mempertahankannya..
segigih mana aku cuba menidakkan kebenaran...
sejauh mana aku cuba lari dari kenyataan..
keadaannya tetap sama..
sering mencari di mana silapnya..
sering kali aku cuba menjadi yang terbaik..
semoga keikhlasan itu sentiasa terbit dari hati..
biarlah aku berhenti berharap..
kepedihan..
kesedihan..
keperitan...
selama ini aku tanggung...
biarlah ia mati dengan sendiri...
aku hanya manusia biasa..
izikan aku berubah...
semoga ada seseotrang sanggup membantu aku untuk bangun...
aku berhenti berharap..

~fLOw~


let it happen with the flow..
ayat yang sering aku ungkapkan bila menasihati orang lain..
aku agak pandai berkata-kata..
menenangkan hati orang lain..
namun itu tidak seindah dan sebaik khabar...
kepedihan yang tertanggung dalam hati masih menjadi punca keresahan..
aku cuba mengikut rentak yang berlaku..
namun, sekuat mana aku bertahan..
kadang kala aku rebah sendiri..
mengharap ada seseorang membantu memapah aku untuk berdiri...
mengharap insan itu masih punyai simpati terhadap diri ini..
namun seperti yang terjadi..
janganlah mengharapkan mimpi-mimpi dan angan-angan menguasai diri..
kerana segala cita-cita tinggi dan usaha tidak akan menjadi pasti..
aku seakan-akan berputus asa..
kemanakah harus aku lari..
siapakah harus ku cari sebagai ganti...
"never mind i'll find someone like u"
tapi mungkin dia tidak sebaik kamu..
kerana kenangan bersama kamu sentiasa berlegar-legar dalam minda tatkala sunyi..
aku masih berdoa dan mengharap..
xsalah kalau aku terus mencuba..
cekalkan lah hati ku..
kuatkanlah imanku..
niatku hanya satu..
berubah ku Allah..
kerana kamu..
aku masih mencuba mengikut rentak permainan yang telah ditentukan..



~hAPPY BirtHDaY~

happy birthday to me..
happy birthday to me..
happy birthday to me azrul..............
happy birthday to me...


maybe i had to celebrated it alone..
but thanks God coz give me chance to life again..
azrul, being tough and strong please!!
i don't wanna cry again...
i hate to said that even only that can i do...
God, for my wish...
please sent someone to accompany me..

~mY DaY~


aku dilahirkan pada 25 hb februari 1989.. 23 tahun sudah berlalu..
aku, budak kampung yang bercita-cita tinggi..
dapatkah aku menggapainya??
azrul, banyak kenangan ketika nama itu sering disebut..
jika dahulu, aku seakan-akan ingin lari dari nama itu..
namun kini aku makin bangga dengan diri sendiri..
namun kadang kala aku terasa terasing..
adakah aku masih di takuk yang sama??

hahaha.. banyak pengalaman.. kenangan yang aku dapat..
hari jadi kali ini apakah yang berlaku??
ntah la...
nak kate sedih, aku sepatutnya gembira..
yelah, hari jadi sendiri kan..
namun, cita-cita dalam hati ini tinggi..
ingin dengar ucapan dari mereka yang menyayangi aku..
dapatkah angan-angan aku ini dipenuhi??
seakan-akan mustahil..
hey azrul!!!
think positif :)
bukan semua orang tahu..
xpe lah.. persiapan malam ni..
aku dah beli something untuk aku sambut birthday ini..
mungkin aku sambut sendirian..
namun aku masih bersyukur..
aku telah diberi peluang untuk terus hidup..
alhamdulillah..
sejujurnya, setiap hari lahir aku, aku akan menjadi sejujur-jujurnya..
ketika itulah, aku menjadi aku yang sebenar..
tanyalah apa sahaja... akan aku jawab dengan jujur...
sebab hari itu hanya sehari...

mak, terima kasih sebab jaga saya sampai besar..
biayai saya sampai sekarang..
jasa mak ngn abah akan saya balas.. insyaalah..
doakan anak mak kat sini..
saya rindu sangat kat mak..
hari-hari nak telefon mak tapi sy xberani sebab saya xkuat kat sini..
saya xnak menangis bila cakap ngn mak..
sebab saya sunyi mak..
saya xsabar nak balik..
saya nak peluk cium mak..
mak...
terima kasih sebab sayang saya..
cukuplah saya ade mak, abah dan Allah..
doakan saya mak...

i really miss u mak...

~hAPPen~

menghitung hari...
harinya semakin hampir..
tahukah mereka??
hati ini masih menunggu..
berlakunya hari esok..
perlukah aku sekadar membuat biasa..
atau aku sendiri yang memberi tahu akannya..
seakan-akan aku mengangkat bakul sendiri..
arghhhhh...
baik aku diamkan saja..
biarkan hari itu berlalu...
dalam hati berangan-angan tinggi..
angan-angan yang aku dah tahu jawapannya...
what would happen tomorrow...

~cAll mY NAme~

When you're down in troubles
And you need some love and care
And nothing, nothing is going right
Close your eyes and think of me
And soon i will be there
To brighten up even your darkest night
You just call out my name
And you know wherever I am
I'll come running to see you again
Winter, spring, summer or fall
All you got to do is call
And I'll be there
Yes I will
You've got a friend

If the sky above you
Grows dark and full of clouds
And that old north wind begins to blow
Keep your head together
And call my name out loud
Soon you'll hear me knocking at your door
You just call out my name
And you know wherever I am
I'll come running to see you again
Winter, spring, summer or fall
All you have to do is call
And I'll be there
Ain't it good to know that you've got a friend

When people can be so cold
They'll hurt you and desert you
And take your soul if you let them
Oh, but don't you let them
You just call out my name
And you know wherever I am
I'll come running to see you again
Winter, spring, summer or fall
All you have to do is call
And I'll be there
You've got a friend

~sAYanG~

akan kah selalu begini..
hingga ke akhirnya??


tiap hari sayang..


selalu kah aku dalam jiwa mu...
sebagai nadi hatimu??


tiap hari sayang...


kekal kah kita selamanya??


tiap hari sayang...


~aCTIve~

rase mcm nak aktiv kan semula je twitter..
sebab aku rindu nak berborak dalam tu...
rindu dengan kawan2 baru..
namun, aku mesti tetapkan pendirian ku..
fokus dalam assignment dahulu..
aku nak berjaya..
membanggakan ibu bapa aku..
senangkan hidup mereka..
betul kata dia..
lupakan apa yang berlaku..
cuba jalani hidup seperti biasa..
aku cuba..
walaupun kadang kala perkara itu sering menggangu aku..
sebab aku sayang dia..
insyaallah..
aku cuba..
habis sem ni..
aku akan aktiv kan semula..

~i WiSh~

my day will come..
so i have a wish..
i wish my pray will come true..
insyaallah..
just hope for the miracle.
i wish i can get long againg with u..
i wish i can forget all messy thing that i had..
i wish will not cry again..
i wish i could have someone like u..
even i just want u in my life..
if i have to wait for a long time..
i will do it..
coz, that were my pray..

~kEADaaN~

kenapa keadaan seakan-akan mendera aku??
kenapa aku harus berasa cemburu??
kenapa harus kau sukakan dia??
kenapa harus dia??


perasaan itu hadir bukan dicipta..
ia hadir tanpa dipaksa..
begitu jua aku..
aku juga berperasaan begitu..
bezanya...
aku hanya memilikinya sendiri..
kamu memilikinya bersama...


aku tidak seberani begitu..
aku takut kehilangan jika aku meluahkannya..
jika itu terjadi, di manakah harus aku lari??
sedangkan aku masih sedang berlari..
aku cuba benam perasaan ini..
sebab aku tak nak kehilangan kau dan dia..


keadaan seakan-akan mengajarku..
belajar untuk tabah..
kuat..
kerana ini baru hukum dunia...
semoga Tuhan melindungi aku, kau dan dia..

~iF~


If I go, if I go closer to you
I wonder what you may think, I can’t drum up the courage
If you go, if you go away from me
It is scary to figure out how to let you go
Perhaps, the reason I only look at you, like a fool,
is for fear that you may turn your face away, and
you and I may drift further apart
Perhaps, the reason I can’t say ‘I love you’, like a fool,
is that I am afraid of the painful sad days of waiting after we meet.
If you come, if you come closer to me
I really don’t know what to do
Perhaps, the reason I only look at you, like a fool,
is for fear that you may turn your face away, and
you and I may drift further apart
Perhaps, the reason I can’t say ‘I love you’, like a fool,
is that I am afraid of the painful sad days of waiting after we meet.
Perhaps, the reason I can’t say ‘I love you’, like a fool,
is that I am afraid of the painful sad days of waiting after we meet.

~rUN~

sejauh mana pun aku berlari..
perasaan ini masih sama..
masih menghantui diri ini..
bagaimanakah cara untuk aku menanggungnya??
pedih luluh hati..
dengan setiap langkah..
setiap kata-kata..
setiap laku..
senyuman..
amarah..


aku masih berlari..
aku berlari kerana aku penakut..
takut dengan kenyataan..
kerana walaupun seribu kali aku cuba katakan..
dia tetap bersamamu..
kau bukan milikku..
dan aku tahu..
kau pun tahu...
aku bukan meminta lebih dari tu..
sekadar mampu berdiri di sebelah mu..
seiring dengan mu..
bersama-sama berkongsi..


aku cuba berlari kencang..
sejauh yang aku termampu...
kerana sekuat mana aku mencuba..
setebal mana hati ini cuba menafikan..
kau dengan keputusanmu..





~sTAy~

i wish i can stay in your heart..
not to conquer your life...
but to feel and share..
joy and pain...
with someone who willing accompany..

can i stay in your heart??
only in your heart...
not in your life..
cause it's hurt when i'm feel empty inside..
i hate to be alone..

can we just trying??
try to be like others..
not pretend to be close..
just really close..
cause i try to keep u away from my mind..
but i can't...

why u can't give me a chance??
i just wanna be like others..
who u can smile..
who u can shared..
who u can stand..

i like to stay with u..
cause u give me a light when i feel darkness..
maybe just for a while..
but i still wanna the light..

~wAKe uP~

when i wake up..
i always hope yesterday not a dream..
when i wake up..
i hope yesterday not a bad day as a thought..
when i wake up..
i hope u always beside me...


but..
when i woke up..
i know i was lost u..
when i woke up..
yesterday was a nightmare..
when i woke up..
it still haunted me..


please give me a sweet dream..
please give me a chance to feel happiness..
i hope when i wake up tomorrow..
i lost my sorrow..
and i have u beside me..



~hATe~

i hate to be second..
i hate to be another..
why just u make me first???


i hate that sound..
i hate when i ring..
why?? coz that not from me..
and u never make it for me..


i hate me that person have around..
i hate when u near with that person..
why my heart always beating fast??
coz i'm nobody to u..


but i like u be happy..
i like to near to me..
coz your smile is everything to me..
even i know that not for me..
but i glad..
my pray of u became truth..

~sEMALaM~

bukan lagi kenangan..
tetapi sejarah...
melempiaskan hasrat hati..
apa yang terbuku..
apa yang terpendam..


aku tak mahu terus berahsia..
pedih memendam segalanya sendiri..
sudikah kau berkongsi dengan aku??
aku sentiasa menantikan jawapanmu..
adakah masih ada ruang??
ya, aku merinduimu..
xpernah padam..
xpernah lupus..
xpernah hapus..


masa yang sebentar..
janganlah mati begitu saja..



~wiLLing~

adakah aku rela??
adakah aku redha??
aku sendiri tak pasti..
aku sering terjerumus dalam conflik sendiri..
aku belajar memahami...
tapi aku masih tak jumpa siapakah diri ini sebenarnya..


aku rela dia pergi..
tapi redha kah aku??
semakin hari semakin asing terasa..
ia kian bercambah dalam diri..
menjadi batu yang membebankan..
aku sukar untuk bernafas..
berfikir..
setiap kali akan teringat..
mengapakah begini sakitnya??


izinkan aku untuk berubah..
semoga perubahan ini mendatangkan kebaikan..
tidak berniat untuk membebankan sesiapa..
maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku..



~tALk aGAin~



maybe i'm talking to much..
i was like to talking..
and that's make me so annoying..
i should know about it..
please give a hint..
to know what am i wrong..
to realise what have i done..


cure my heart like being curse..
bright my life like kill my own self..
what i have to do??
can i make my own dream??

~deACtIVateD~



ia menyakitkan..
sering menyakitkan..
punca kesakitan..
aku perlu sabar tetapi ia tetap menyakitkan..
mungkin ini jalan yang terbaik..
deactived segala laman web sosial..
agar dapat aku hidar dari terasa hati..
cemburu..
marah..
hina..


aku sering terasa..
aku hanya ingin menjadi sebahagian darinya..
namun sering di salah ertikan..
maafkan aku...
ini keputusan yang harus dibuat..
aku tak mahu lagi melihat kata-kata mereka..
hati ini sakit..
terasa..
maafkan aku jika ini mungkin salah ku..
benar katamu..
keikhlasan bukan boleh diukur..
ia memang x nampak..
namun setiap detik hati akan berkata..
sentiasa berkata..


aku cuba mendekatkan diri kepadaNya..
agar aku menjadi kuat..
tabahkanlah hatiku..
kuatkanlah hatiku..
semoga setiap langkah yang aku pilih tidak salah..
tidak berpatah arah..
tidak songsang..
ingin sekali aku menjernihkan suasana..
namun aku tidak mampu...
setiap cahaya yang datang sangat aku hargai..
walaupun sering kegelapan yang menghantui..


aku teringin kembali seperti dulu..
di mana tiada perbedaan..
aku di ibarat keperluan..
aku sanggup begitu..
perjalanan aku masih panjang..
ingin aku isi jalan-jalan hidupku dengan puisi-puisi indah..
bukan dengan hujanan air mata derita..
berilah aku peluang..
aku sanggup menunggu..

~i KNow~

aku tahu..
sedikit sebanyak aku tahu..
namun tidak aku benci..
bahkan aku tumpang gembira..
bukan aku tahu dari org lain..
tp sebab aku sering melihatmu dari jauh..
seakan akan dapat ku baca isi hatimu..
doaku agar kau selalu bahagia..
gembira..
kau layak begitu..
namun hatiku tetap berasa sesuatu..
takut kau terjatuh..
walaupun itu bukan masalah ku..


cuba hargai dia walaupun tidak kisah akan aku..
cuba lah terangi yang gelap agar kau nampak cahaya itu..
aku masih bukan sesiapa atau benda..
namun aku tahu..
aku tahu..
aku faham..
aku redha..