~leLaH~

hati ini lelah
semakin lelah
lelah dengan dunia
lelah dengan mereka

hati ini semakin lelah
semakin lelah dengan karenah
dengan permainan hati dan kata-kata

aku cuba berubah
aku berubah kepada sesuatu yang baik
aku mohon Tuhan kabulkan
aku lelah dengan dunia
kerana dunia ini semakin menyesakkan nafasku

kau tidak faham
kau buat aku semakin tidak faham
kini aku dengan diriku
aku lelah dengan kamu

kalau aku silap
maafkan aku
kalau silap mu
begitu juga aku

aku semakin lelah
beri aku ruang mengenali diri aku

~BerHeNtI~

Berhenti bergantung
Berhenti berharap
Berhenti dari segala perasaan yang berkait rapat
Berhenti la hati
Aku tak mampu
Aku khilaf
Aku leka
Aku harus berhenti
Hati semakin sakit
Aku tak larat

~kehiLAngAN~

hilang
yang hilang sukar dicari ganti
hati yang hilang tak mungkin dapat di beli

hilang
kehilangan itu sesuatu yang pasti
setiap insan pasti merasai kehilangan
pedih dengan perasaan itu

hilang
datang dan pergi
sering kembali
membawa air mata

hilang
hilangkan lah perasaan pedih ini
aku mohon
aku rayu




~neED~

kehendak dan keperluan
dua perkara yang berbeza
adakah pilihan itu sangat terhad?

aku sering dibelenggu dengan pilihan yang terhad ini
sering kali mengganggu dengan gertakan hati
adakah ini pilihan yang abadi?

apakah yang aku perlukan dalam kehidupan ini?
bagaimanakah harus aku tempuhi segalanya tanpa prejudis
kecil hati dengan pilihan sendiri
aku benci dengan diri sendiri
sedangkan pilihan itu aku yang berhak tentukan
tetapi aku sendiri yang x mampu nak melakukannya
ini semua salah siapa?
adakah aku yang harus dipersalahkan?
aku masih berkata-kata sendiri..

hidup ini memerlukan pengorbanan terhadap keperluan dan kehendak
semakin aku mengejar keperluan itu
semakin aku menginginkan kehendak yang ada
aku silap
aku tidak seharusnya mengikut kata hati
ini semua hanyalah bisikan syaitan

bantulah hambaMu ini untuk berubah
aku inginkan keperluan yang wajar untuk diriku ini
bukan semata-mata untuk melepaskan kehendak hati
tetapi untuk menuju ke akhiratMu...

~LifE~

hidup mengajar aku erti perit
manis dan pahit
segalanya sering berbaur dan bercampur
hari seakan-akan tidak pernah serik
itulah kehidupan

di sudut kecil hati sering terasa apakah ini penghujungnya
hidup yang dijalani umpama roda
sering tunggang langgang
berputar putar
sehingga pening dengan karenah kehidupan
aku masih tidak serik

cemburu??
itulah penyakit yang sering menyakiti hati ini
aku lemah
bukan tidak cuba untuk berusaha
tetapi aku sering cemburu
cemburu dalam segala hal
sedangkan aku sendiri harus tahu akan batas batas kehidupan
normal kehidupan
dan hak

hidup ini singkat
mungkin bila bila masa sahaja Tuhan akan ambil aku
aku mahu merasai kebahagiaan itu
cukuplah sebelum aku pergi
agar aku tidak pernah rasa menyesal dengan kehidupan