~luKa iTU PeRLu~

Luka
Parah
Tiada siapa yang mampu merawatnya

Pedih dan perit seiringan
Apa yang aku tahu?
Luka itu perlu

Setiap apa yang berlaku ada akhirnya
Bukan segala galanya indah
Tidak semuanya manis belaka
Semuanya bercampur baur dengan duka
Ku tahu, luka itu perlu

Hati tidak tahan menanggung pedih
Perit berbekas tidak diendahkan
Seperti mahu berlari jauh dari reality
Tapi aku seakan tidak mampu berdiri sendiri
Sebab luka itu perlu

Tuhan
Tabahkan lah hati ni
Cekalkanlah diri ini
Semoga hidup ini diberkatiMu

~HAti~

hati semakin rapuh
hati semakin berderai
siapakah yang sudi memungutnya?

hati ini kadang kala gembira
gembira dengan sekeliling
gembira dengan rakan-rakan
namun hati ini juga rapuh
mengapa?

hanya dengan sedikit kata-kata
hati ini akan berubah
sedih
gembira
bahagia
duka
segalanya berputar tanpa di pinta
beratkah permintaan hati ini?

aku cuba menjaga hati sendiri
belajar berdikari
cuba mentafsir yang tersirat dan tersurat
memang benar hati ini rapuh
namun hati yang rapuh ini sangat ikhlas
percayalah
walaupun hanya sedikit....