~IndAH~

bangun dari tidur seakan-akan mahu lari dari dunia realiti
penat sudah menjalani kehidupan yang perit tanpa hala tuju
keinginan dan permintaan seakan-akan tidak seiring
mengimbas kembali kenangan dulu tidak akan mematangkan pemikiran aku
sering sendiri menjadi peneman diri
tatkala melihat yang lain mampu bergembira dengan takdir masing-masing
kenapa tidak aku?? aku juga perlu mencoba menjadi yang terbaik
aku bangun dari mimpi lagi
adakah mimpi ngeri?? mimpi indah??
walau manis sekali pun mimpi itu, ia tetap hanya sebuah mimpi
tidak pernah menjadi titik noktah perjalanan aku
aku masih mengkagumi mereka
tapi sampai bila?
sehingga aku masih mengingati mereka sebagai masa silamku
tiada dendam yang terpahat
bukan ego yang berkarat
tetapi hanya kerana ingin memberi ruang melupakan segala yang pahit untuk ditelan
segala yang haram untuk di pendam
aku masih mengingati setiap detik perjalanan ku
seakan-akan rosak dipertengahan jalan
mungkin adil bagiku
aku terima takdirnya
persenda dan caci maki sudah lali sejak azali
aku masih lagi mahu bermimpi indah
mungkin kali ini tidak lagi mahu bangkit
bangkit dalam keadaan sakit

No comments:

Post a Comment