~keBEnARaN~

Pahit
itulah kebenaran
sering menguris hati
adakah lebih baik ditipu dan menipu?
Kerana kebenaran itu adalah seperit hempedu.

Aku masih memendam
memendam sebuah rahsia
perlukah hanya aku sahaja yang tahu?
Aku tak sekuat itu
aku tidak setabah itu
berlari dan berlari meninggalkan realiti
aku terperangkap dalam dunia ku sendiri

mohon perubahan demi kebahagiaan
kau bahagia aku turut bahagia
tapi bersama siapa aku pendam kan
biarlah ia menjadi cerita kau sahaja
aku undur diri
aku tak mampu menanggungnya
kau lepaskan derita demi derita yang lain

Doa aku sentiasa mengiringi
aku kehilangan lagi
setiap kehilangan begitu perit
Hanya hati yang terluka mampu merasai sakitnya
aku ingin pergi jauh
sejauh jauhnya
kerana luka yang dalam ini kembali
aku bencikan kebenaran

No comments:

Post a Comment