~bANGga~

Malukah kau dengan aku?
Pernah kah kau merasa bangga denganku?
Walaupun sedikit?
Walaupun sedikit hati ini sudah cukup menerima.
tapi hati ini seakan dapat mengagak.

aku tidak semampu kamu
aku tidak sehebat mu
namun aku bangga punyai seseorang seperti mu
kau pelengkap hidup ku
aku memerlukan mu
namun kau tidak perlukan aku
kau mampu berdiri sendiri
aku?

Aku malu dengan diri sendiri
tiada apa yang dapat aku banggakan
aku bukan sesiapa
tiada yang memandang
tiada yang peduli
tidak seperti kau
semua memuja
begitu jua aku

banggakah kau terhadap aku?
Memiliki sahabat seperti aku?
Sekiranya aku tidak selayakmu
Pimpinlah aku ke arah itu
aku juga ingin berjaya
aku ingin merasa
walau aku tahu ia hanyalah angan angan

aku seharusnya redha
setiap manusia berbeza caturan hidup
berilah aku kekuatan
agar aku bangga dengan diri aku sendiri

No comments:

Post a Comment