~sAKit~

Sakit
Cukuplah dengan rasa ini
sakit yang mendalam
sedalam dalamnya
hanya mahu pengertian daripada keikhlasan ini

aku tahu aku bukan sesiapa
bukan hak aku untuk meminta
tetapi berikanlah aku sedikit ruang
aku juga manusia berhati
seperti kau

hargailah aku
bukan aku mengungkit
tetapi hargailah aku
cukuplah dengan itu
tak perlu aku katakan apa yang telah aku lakukan
cukuplah sekadar kau tahu

aku sakit
benar benar sakit
perasaan ini tak tertanggung
jika kau tidak senang dengan caraku
katakanlah
tak mengapa
sekurang kurangnya aku sedar diri
aku tahu siapa aku
siapa aku

cukuplah
aku cuba menjernihkan suasana
aku cuba menjadi dulu
tenang seperti dulu
aku tidak tahu adakah aku atau kamu
berubah kerana apa
itu lah manusia

inginkan yang lama adalah mustahil
namun doa tetap mengiringi
semoga keikhlasan itu tetap dihati

aku masih sakit...

No comments:

Post a Comment