~kisAh bERuLAng~

Bumi berputar
setiap masa dan setiap saat
begitu juga dengan manusia
berubah setiap ketika
bermula dengan perubahan  yang baik
dan juga sebaliknya

Perhubungan yang berubah bukan dipinta
bukan aku yang berubah dan juga bukan kau
tetapi kerana terlalu rapat
segala isi hati amarah dan kesakitan dipendam
atas dasar sayang kan persahabatan
ia meletus dan meletup hanya dengan satu gurauan

Tabah menghadapi perubahan ini
putaran dan kitaran masa
ini sudah ketentuan
tak mungkin ia akan kembali seperti dahulu
Menjadi seperti yang pernah berlaku
biarlah kenangan disini habis disini
mahu aku lari sejauh yang mampu
tidak menoleh mahupun berpaling

Hati ini rapuh
mudah terasa
kerana persahabatan ku telan jua
biarkan yang ada terkubur tanpa paksa
sudah ku bilang
jangan mengharap  sesuatu yang tidak pasti
nanti sakit sendiri
menjauh dan jarakkan diri itu caranya

Ku tahu
luka itu perlu...

No comments:

Post a Comment