~rUN~

sejauh mana pun aku berlari..
perasaan ini masih sama..
masih menghantui diri ini..
bagaimanakah cara untuk aku menanggungnya??
pedih luluh hati..
dengan setiap langkah..
setiap kata-kata..
setiap laku..
senyuman..
amarah..


aku masih berlari..
aku berlari kerana aku penakut..
takut dengan kenyataan..
kerana walaupun seribu kali aku cuba katakan..
dia tetap bersamamu..
kau bukan milikku..
dan aku tahu..
kau pun tahu...
aku bukan meminta lebih dari tu..
sekadar mampu berdiri di sebelah mu..
seiring dengan mu..
bersama-sama berkongsi..


aku cuba berlari kencang..
sejauh yang aku termampu...
kerana sekuat mana aku mencuba..
setebal mana hati ini cuba menafikan..
kau dengan keputusanmu..





No comments:

Post a Comment