~gONe~

aku sedang belajar melupakan...
aku cuba menjadi asing..
untuk menjaga hati sendiri..
dari terus terasa..
pengalaman telah mengajar aku untuk berdiri sendiri..

semalaman aku cuba berfikir..
aku telah rasa manisnya kehidupan..
cuma aku kene belajar menghargainya..
cukuplah yang aku dapat..
jangan minta lebih dari itu..
kalau aku mahu terus merasai kemanisan itu..
biarlah ia datang sendiri..
aku serik bila aku mulai meminta..
ia akan berlalu pergi..
biarlah ia menjadi mimpi-mimpi indah aku..

belajar menghargai apa yang ada bukan mudah..
tapi terima kasih dengan kenangan itu..
aku mudah menaruh hati..
payah untuk melupakan..
tapi segenap kebaikan yang kau timbulkan..
perasaan itu muncul kembali..
kenangan lama menggamit lagi..
seharusnya aku sudah melupakan kau..
melupakan segala-galanya..
perasaan itu menyerang kembali..

barulah aku mengerti..
permainan perasaan sentiasa bermain di hati..
aku perlu belajar menghargai apa yang ada di depan mata..
jangan lah berlalu lagi..
berilah aku peluang..
semoga perasaan yang datang ini mampu bantu aku..
melupakan segalanya yang terbuku..

No comments:

Post a Comment