~HarGAi~

aku mohon
hargai aku
walaupun sedikit
bukan membangkit
tetapi hati ini sedikit sakit

aku mohon
hargai aku
bukan wang ringgit yang aku inginkan
hanya ucapan terima kasih
mengubat kepayahan

aku mohon
hargai aku
cukuplah hanya sekali
untuk puaskan hati

aku sedar aku bukan sesiapa
tidak layan mendambakan penghargaan
namun aku punya hati
perasaan
terguris nya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu
fahamilah aku
walaupun aku menyusahkan mu
maaf untuk itu
sekiranya aku tidak lagi diperlukan
hanya ucapkan
aku akan terima secara perlahan lahan

aku ihklas selama ini
dengan hati yang tulus
tanpa meminta sebarang imbuhan
hargailah aku
hargailah aku
hargailah aku

maaf kerana mengganggu.......

No comments:

Post a Comment