~CukUP~

cukup sekadar di sini
aku tak mampu untuk meneruskan
aku putus asa
dengan segala-galanya
maafkan aku

aku cuba untuk menjadi yang terbaik
terbaik untuk semua
tidak marah
tidak kesal
namun aku tak mampu
belum cukupkah kudrat aku?

mungkin kerana hati
hati ini sakit
berdarah
aku pendamkan
sebab marah bukan penyelesaian
aku cuba memahami hatiku sendiri
kerana aku tahu kau tak mampu
kau tidak mengerti
aku berbeza diantara kamu dan dia
aku hanya sesiapa
bukan siapa
aku mohon kau mengerti

kadang kala aku bahagia
kadang kala ia datang hanya sepintas lalu
adakah aku kurang bersyukur?
sumpah aku tak mampu
hanya cukup sekadar di sini
aku bukan kuli
aku bukan makan hati
tetapi aku cuba untuk menjadi pilihan hati
ingin menjadi seseorang di dalam diri

payah sungguh cita-citaku
cita-cita yang tak pernah ada kesudahan
sudah banyak suara yang berbisik cukuplah kepadaku
aku cuba untuk ingkar
namun aku pasrah
aku tak mampu meneruskan
biarlah aku dengan hidupku
mungkin di sini juga bukan milik ku
tempat ku

ya Allah
hanya Kau tempat aku berserah
hanya Kau tempat aku mengadu
lindungilah hatiku ya Allah
semoga aku redha dengan ketentuanMu

No comments:

Post a Comment