~oK~

berhenti bertanya
adakah aku ok atau tidak
adakah kau mahukan jawapan yang jujur??
atau jawapan semata-mata untuk menyenangkan mu??
aku sebenarnye tidak ok
aku sedang sakit
hati ini sakit
merana
terlalu dalam
hanya aku yang merasainya

berhenti bertanya
adakah aku ok atau tidak
aku bukan sesiapa
tidak ada erti dan makna
sedangkan aku inginkan sedikit perhatian
bukannya dibiarkan sebegitu rupa

adakah kau mahukan jawapan ok?
aku ok sahaja
jangan lah kau risaukan aku
aku dah besar dan aku ok
jawapan klise bagi beribu jawapan
senyuman aku palsu
kerana hati aku berdarah
perit

aku rayu
jangan bertanyakan soalan itu lagi
biarkan aku bersendiri buat sementara waktu
aku masih keliru
aku buntu
aku sakit
itu sahaja yang mampu aku katakan

aku x mampu untuk meluahkan
kerana aku masih tiada sesiapa yang sanggup berkongsi jiwa dengan ku
aku tidak ok
itu jawapan hati ku..

No comments:

Post a Comment