~hiDup~

Hidup ini mudah
Tidak seharusnya dikelirukan dengan kata-kata
Namun hari telah berkuasa
Memainkan peranan
Menguasai kehidupan

Aku tahu segalanya
Tentang apa yang terjadi
Tentang aku kau dan dia
Itu hak mu
Aku bukan sesiapa untuk menghalang
Namun aku berkecil hati
Kerana disebabkan itu aku tinggal sendiri
Tiada lagi keseronokkan dalam hidup di sini
Kau pergi bersama dia
Juga yang lain dengan kehidupan masing-masing
Siapalah aku untuk berkata-kata?
Layakkah aku? 

Itulah permainan hidup
Seiring dengan roda yang sedang berputar
Biarlah aku sakit sekarang
Biarkah aku merasa pedihnya semalam
Hari ini dan esok
Semoga aku dapat sedikit cahaya kelak
Atas kesabaran aku sendiri

Aku merindui dia yang lama
Tanpa ada dia dan dia

No comments:

Post a Comment