~pERGi jUA~

dia pergi jua akhirnya..
pergi jauh dari aku..
sejauh-jauhnya tanpa berita..
aku masih tidak puas menatap kenangan..
segalanya ingin aku putar kembali..


dia pergi jua akhirnya..
meninggalkan aku dengan tekadnya..
seribu pertanyaan menerjah..
perlukah aku bersuara??
sedangkan aku tak pasti apakah jawapannya..
jawapan yang pedih dan menyakitkan..


dia pergi jua akhirnya..
sedang aku cuba melupakan segalanya..
aku cuba memendam agar tiada ikatan yang terlerai..
mungkin aku lambat bertindak...
tidak sempat aku ucap selamat tinggal..
hati berbaur pelbagai perasaan..
adakah ini yang terbaik???
mungkin juga ini yang dikehendakiNya..


dia pergi jua akhirnya..
dalam hati aku teramat merinduinya..
walau tidak terlahir pada zahir..
apakan dayaku..
aku bukan sesiapa..
tiada erti...
cukup la aib yang aku terima itu...
aku redha..


dia pergi jua akhirnya..
aku tidak pernah membencinya...
kerana sudah berkali-kali aku katakan..
aku hanya ada dia dalam hati ini..
hanya dia yang mengisi kekosongan persahabatan ini..\
mungkin aku terlajak..
aku akui salah ku..
walau tiada ruang itu..
itu takdirku..


dia pergi jua akhirnya...
dalam hati merinduinya..
aku cuba melupakan...
benci hanya akan menyakitkan...
tapi sayang mudah dilupakan..
insyaallah allah akan membuka hati ku...
memberi seseorang seperti kau untuk aku..
aku tunggu..


pergilah kau dengan tenang..
doa aku sentiasa bersama kau..
segalanya aku simpan agar aku belajar erti keikhlasan..

No comments:

Post a Comment