~hONesT~

sejak bila aku suka kan kau??
sejak mula-mula aku bertapak di sini..
adakah ini hanyalah kata-kata kosong??
tidak, aku ikhlas..
sejak mula-mula aku nampak kau..
aku sangat berharap aku dapat mengenali kau dengan lebih rapat..
namun kau tak akan perasan..
jarak masih memisahkan kita..
aku putuskan untuk menunggu hari itu datang..
jika takdir akan menemukan kita..
insyaallah..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak mula-mula aku beranikan diri menegur kau..
kau sangat baik..
seperti yang pernah aku cuba bayangkan..
tapi siapakah aku ketika itu??
hanya seorang manusia yang ketandusan hati..
tanpa teman di sisi..
kau hadir ketika aku sunyi..
bersyukurnya aku..
doa aku telah makbul..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak aku terasa aku sudah menemui siapa yang boleh aku harapkan..
ketika itu, aku ketepikan segala masalah aku..
kerana bagi aku cukuplah jika aku ada kau seorang..
tiada lagi hati lain yang perlu aku jaga..
seolah-olah aku mendapat kekuatan untuk teruskan kehidupan ini..
sekali lagi doa aku dimakbulkan..
alhamdulillah..
aku bersyukur kepadaNya..


namun..
semakin hari semakin banyak dugaan yang aku hadapi..
aku sudah terikat dengan permainan hati aku sendiri..
aku tidak seharusnya terlalu mengharap..
tiada yang kekal dalam dunia ini..
setiap hari aku kekal berdoa..
dengan harapan kekal lah hubungan ini..
aku cuba berubah..
berubah untuk menjadi yang terbaik..
aku ubah perasaan ini..
agar hubungan ini diredhaiNya..
aku cuba berlagak seperti biasa..


tapi..
aku semakin letih..
aku seakan-akan berputus asa..
adakah ini penghujungnya??
adakah ini jalan yang telah Dia tentukan untuk aku??
sesungguhnya sesuatu hubungan itu adalah suci..
adalah biasa jika sekali sekala di landa ombak..
namun aku tahu, sekuat mana aku menafikan..
aku sendiri sudah tahu dengan jelas jawapannya..
perlukah aku berputus asa??


hati..
permainan hati memang kejam..
cukuplah dengan hati-hati yang sudah banyak aku lihat terluka..
sekiranya aku diberi peluang..
aku ingin pergi jauh dari sini..
jauh dari segala sengsara yang tak pernah sekali aku inginkan..
bukan aku cuba menidakkan kuasaNya..
aku hanya manusia biasa..
aku tak kuat sekarang..
aku perlukan seseorang..
seperti dulu..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak dulu, kini dan selamanya :'(

No comments:

Post a Comment