~hUJan~

hujan sentiasa membasahi lantai bumi..
hadir ketika di minta dan pergi tanpa di usir..
begitu juga dengan perasaan..
hati ini bukan milik sesiapa..
cuba untuk merasa getarnya..
tp sering mendapat tentangan dasyat yang terbit dari segenap ruang kecil di dalam hati..
hadirnya kerana suka, cinta..
menyinari hari-hari mendatang..
tetapi harus ku lepaskan..
pegangan hati itu tidak tulus..
sebelum kecewa mencengkam hati..
undur dari nikmat sementara..
mencipta kesibukkan mampu melupakan..
masalah hati bukan mainan..
hujan tidak mampu menyembunyikan..
sekuat mana titisan air itu..
tidak sekuat lebatnya aliran air mata..
jua tidak mampu menutup luka parah..
sembuh dengan sendirinya..
tanpa dipinta..'
tanpa dikesal..
hujan...
datang dan pergi...
hati...
bukan milik ku...

No comments:

Post a Comment