~hARd~

peringatan untuk diri sendiri
NO HARD FEELING
sukar untuk mentafsir
sukar untuk mengerti
aku cuba untuk tidak terasa
aku cuba mengimbangi amarah
sebab aku rasa itu punca perbalahan

namun...
adakah hanya aku yang harus mengalah
harus menuruti setiap kata-kata?
aku juga punye perasaan
tidak kah mereka tahu?

mungkin tidak
aku masih bukan sesiapa pada mereka
bukan dikalangan mereka
bukan jenis mereka
aku khilaf
aku sudah hanyut dengan kegembiraan sementara
kegembiraan yang tak pernah kekal
hati ini terluka lagi

terluka sendiri
berdarah pedih
tiada sesiapa yang aku ada untuk mencurah isi hati
semua yang ada adalah sama sahaja
aku masih terkapai-kapai

kerasnya percubaan yang harus aku jalani kali ini....

No comments:

Post a Comment