~teMAn~

Teman itu subjective. .
Mudah di cari dan mudah di tinggalkan..
Tetapi teman sejati bukan boleh dijumpai di mana-mana..
Ada kalanya kita sangat memerlukannya..
Di saat suka..
Duka..
Sedih..
Gembira..

Ada sahaja yang ingin dikongsi bersama..
Kerana itu lah sebab wujudnya teman..
Namun itu semua tidak bermakna..
Jika teman it tidak pernah menghargai kita..
Ibarat kita ini hanyalah teman untuk menghilangkan bosan..
Tahukan dia kita terasa??
Tahukan dia kita sedih??
Tahukan dia kita merindui dia yang lama??
Sebenarnya dia tidak tahu..
Kerana dia sudah ada seseorang untuk diambil berat..
Seseorang yang lebih penting dalam hidupnya..
Sebagai seorang teman, apakah yang mampu kita lakukan??
Hanya doa agar teman itu mendapat kebahagiaan..
Doa yang diiringi dengan tangisan..
Kesedihan kerana kita akan ditinggalkan seirangan..
Hidup ini kadang kala tidak adil..
Namun itulah realiti..
Aku bawa diri ini..
Pergi ke landasan kehidupan kembali..
Mencari sisa-sisa yang ada.. 
Agar ada teman yang sudi mencari aku..

~hiDup~

Hidup ini mudah
Tidak seharusnya dikelirukan dengan kata-kata
Namun hari telah berkuasa
Memainkan peranan
Menguasai kehidupan

Aku tahu segalanya
Tentang apa yang terjadi
Tentang aku kau dan dia
Itu hak mu
Aku bukan sesiapa untuk menghalang
Namun aku berkecil hati
Kerana disebabkan itu aku tinggal sendiri
Tiada lagi keseronokkan dalam hidup di sini
Kau pergi bersama dia
Juga yang lain dengan kehidupan masing-masing
Siapalah aku untuk berkata-kata?
Layakkah aku? 

Itulah permainan hidup
Seiring dengan roda yang sedang berputar
Biarlah aku sakit sekarang
Biarkah aku merasa pedihnya semalam
Hari ini dan esok
Semoga aku dapat sedikit cahaya kelak
Atas kesabaran aku sendiri

Aku merindui dia yang lama
Tanpa ada dia dan dia

~changes~

Changes..
I hate it. 
U change.
But u didn't notice about it.
Do u know how it effect on me??

I being alone again.
Because of u..
I hate u and u. 
Ruin my life.
Leave me alone. 
Please I beg u.

U change so much.
I miss all of u.
Maybe u will said I'm the one who changes. 
But u will never know that I'm hurt inside.

~haTi~

Hati ini terguris
Kerana apa?
Kerana aku sering terasa
Kau ibarat tidak mengerti
Tidak ambil peduli
Aku sedih dan pedih
Menahan duka ini
Mengapa kau pilih dia?
Sedangkan aku gigih menanti
Kau kejam

~oK~

berhenti bertanya
adakah aku ok atau tidak
adakah kau mahukan jawapan yang jujur??
atau jawapan semata-mata untuk menyenangkan mu??
aku sebenarnye tidak ok
aku sedang sakit
hati ini sakit
merana
terlalu dalam
hanya aku yang merasainya

berhenti bertanya
adakah aku ok atau tidak
aku bukan sesiapa
tidak ada erti dan makna
sedangkan aku inginkan sedikit perhatian
bukannya dibiarkan sebegitu rupa

adakah kau mahukan jawapan ok?
aku ok sahaja
jangan lah kau risaukan aku
aku dah besar dan aku ok
jawapan klise bagi beribu jawapan
senyuman aku palsu
kerana hati aku berdarah
perit

aku rayu
jangan bertanyakan soalan itu lagi
biarkan aku bersendiri buat sementara waktu
aku masih keliru
aku buntu
aku sakit
itu sahaja yang mampu aku katakan

aku x mampu untuk meluahkan
kerana aku masih tiada sesiapa yang sanggup berkongsi jiwa dengan ku
aku tidak ok
itu jawapan hati ku..

~bITTer~

pahit untuk ditelan
namun itulah reality kehidupan
bukan semua yang indah itu kekal selamanya
ia hanya singgah buat seketika
mungkin buat sesaat

kehadiran membawa seribu erti
terasa bagaikan suatu mimpi
namun mimpi itu sering kali menjadi mimpi ngeri
di hati ini terlintas akan terjadi
perpisahan jua tercipta akhirnya
kesedihan itu sesuatu yang pasti

mencari sesuatu yang abadi itu begitu payah
sukar untuk dijaga
malah sangat payah untuk di cari
kepahitan itu juga yang sering di rasai

hati penat terdetik dengan segala permainan
hati tidak larat menjaga setiap perasaan
sudah aku ingatkan hati ini
jangan mudah menaruh harapan
aku sendiri yang sakit
apakah yang mampu aku lakukan??

my heart is bitter

~siLAp~

sering kali aku silap
silap menilai
silap mengharap
silap memberi...

ikhlas dalam hati
namun seperti yang pernah aku katakan
ikhlas itu tidak boleh dizahirkan
ia adalah antara penerimaan 
dan pemberian

tahukah engkau aku ikhlas??
aku sentiasa di sini
sentiasa di sini untuk mendengar
melihat
berkongsi
suka dan duka
namun aku seperti tiada gunanya
tiada ertinya

Tuhan
payahnya ujianMu ini
aku hanya mahukan seorang sahabat
seorang yang mampu aku berkongsi harapan
seseorang yang mampu aku memberikan isi hati
seorang yang mampu memahami aku

adakah aku yang silap mengerti?
adakah ini silap ku sendiri yang tidak mampu mengerti??
berikanlah aku petunjuk
sesungguhnya aku sedang sakit
sakit yang tidak tertanggung..

~SAyanG~

sayang..
sayang sangat..
tapi sayang ada batasnya...
itulah perbezaan bagi yang bermoral dan berilmu..
tidak terlintas nak mengkeji..
mahu pun memaki..
tetapi setiap perbuatan dan kata-kata itu ada hadnya..
setiap orang ada hak masing-masing untuk bersuara..
itu ku akui..
namun wajarkah perbuatan kau itu??

u said something bad about me..
i just accept it.
why? there's we can see...
the different between moral and attitude..
just toward any word that u can say..
i already used to heard it..
so, i leave u barking and barking..
because that was who u are..

maybe u think, i'm wrong..
depend on u..
and u can see, what people will judge about u..
i just can clap my hand..
because i know, i just saying what i think i should said...
that not a bad word, just an advise..

keep my word..
i just wanna say..
i love all my friends..
and i hope they WILL love you too..
noted it :)

~TOdaY~

hari ini masih hari ini
semalam adalah sejarah
dan esok masih lagi rahsia
siapalah aku untuk menentang kejadianNya

hari ini aku masih lagi begini
begini dengan cara aku sendiri
susah senang masih lagi sendiri
itulah realiti

semalam aku masih merindui
semalam yang begitu panjang
bersama mereka yang di sayangi
namun sayang
segala yang indah itu hanyalah sementara
tiada yang kekal di duniaNya

esok masih lagi rahsia
sering menghantui aku apa yang bakal berlaku
apa yang akan menanti ku
aku pasrah dengan ketentuanNya

lenakan lah aku dengan ketenangan
jika sudah tiba masaku
berikan lah aku peluang untuk merasai apa itu cinta
kebahagiaan
disayangi dan menyayangi

terima kasih
akan aku ingati hari ini..
 

~sHOoT mE DoWn~

pasrah dengan dunia
pasrah dengan kehidupan
sedangkan kehidupan ini sangat mudah
ikut landasan
tetapi kenapa ia di selangi dengan kepayahan?
semata-mata untuk menguji kita?

hati ini tidak dapat dibendung lagi
aku perlukan dia
dia perlukan dia
dan dia juga perlukan dia
permainan bermula
aku yang terang benderang tertewas
tanpa menghunuskan apa-apa senjata
sebab perasaan itu bukan boleh di paksa
ia lahir dengan ikhlas
lahir dari budi pekerti yang tulus

tulusnya hatiku
namun tidak mampu dibaca
kerana keikhlasan itu bukan benda
aku ikhlas sayangkan dia
dia tidak tahu
kerana dia ada dia
bukan salah dia

shoot me down
but i won't fall
i'm titanium..