~KesAN~

berbekas dalam hati..
tak pernah pulih dari luka..
sentiasa berdarah..

kesan-kesan perasaan yang tidak diterima..
di balas...
tidak sesekali aku meminta..
jauh sekali aku merayu...
seharusnya aku merelakan..
bukankah indah melihat mereka bahagia??
namun benak hati seringkali berbisik..
kenapa bukan dengan ku??
apa kurangnya aku??

semuanya pasti ada jawapan..
aku sendiri pasti dengan jawapan itu..
hanya perasaan takut mengunci..
aku takut..
kesan itu masih berbekas..
menjadi parut..
jawapan itu teramat kejam..
perlukah aku mengakuinya??

aku seringkali jatuh..
tanpa ada tangan yang sudi menyambut..
tangan itu milik org lain..
org yang mampu memberikan dia kebahagian..
tak guna aku merayu...
meminta simpati..
atau berkongsi kasih..
tidak layak sama sekali..
rintihan hati ini hanya di sini...
tiada yang tahu...

hatiku berbekas lagi..
kesan daripada luka yang dalam...
aku harap kau tahu..

~lUKa~

hati ku luka lagi..
luka kerana hati sering menginginkan sesuatu yang lebih..
hati ini degil..
tidak pernah mendengar kata..
sudah aku tegaskan, dia bukan untukku..
namun kenapa hati ini degil??

aku serik..
semakin serik..
hati ini sering kali sakit..
terluka..
berdarah...
perlukah aku sentiasa berlakon??
menganggukkan kepala tanda aku occay??
kenapa aku kejam dengan hati sendiri??

perasaan ini lahir dengan ikhlas..
aku sayangkan dia..
lebih dari diri ini..
aku perlukan dia..
untuk membimbing diri ini..
aku sunyi...
hiburkan lah hati..

tidak pernah terlintas untuk aku memiliki mu..
tidak pernah aku berimpian bersamamu..
padamkanlah perasaan ini..
aku mohon..
aku sakit..
semakin sakit di dalam..
seperti tiada gunannya aku..

luka..
hati ini terluka lagi..

~pERasaAN~

hari menghitung hari
keadaan masih sama seperti kelmarin
hanya jasad berubah
namun hati masih tetap sama
cuba untuk menjadi seperti yang lain
bukan alasan tidak mampu
namun ada sahaja halangan yang melanda

maafkan lah aku jika aku menyesakkan pemandangan mu
aku tahu aku tidak selayak kalian
aku hanya cuba untuk mengisi sedikit ruang di celah-celah kebahagiaan kamu
jangan lah aku di salah ertikan
segala keperitan dulu masih aku cuba ubati
semoga mendapat penawarnya di sini

aku tahu kalian tidak selesa
maafkanlah aku
bukan aku cuba menjadi aneh
tapi ini klah aku
sekiranya aku tidak layak untuk mendamping
aku faham
tinggalkan lah saja aku
di mana aku masih mampu hidup sendiri
seperti dahulu

terima kasih