~bEraT~

mudah untuk tuturkan maaf..
tapi berat untuk melupakan segala-galanya..
kenape begitu payah??
apakah sebabnya??
jika diikutkan perasaan, hati ini sudah tiada lagi..
jika dihitung penyesalan, aku tak ingin kembali..
namun, mudah untuk kata-kata maaf itu..
setelah aku diperlakukan seperti itu??


aku seakan-akan menyesal..
menyesal menabur bakti..
hati ini terluka jauh kedalam..
sedangkan aku keseorangan menanti sebuah persahabatan..
dengan mudah kau meluahkan kata-kata nista..
aku tahu segalanya..
tidak perlu diperbesarkan salah ku..
aku masih menyimpan perihalmu..
sebab aku tahu, apa layakku untuk menghebahkannya..
kau lebih dipandang mulia..


aku telah memaafkan mu..
tetapi setiapkali aku melihat kembali kata-kata yang ditujukan kepadaku..
aku terasa sakit..
begitu teruknya aku sehingga dilabelkan sebegitu..
di manakah hati mu??
secara terang-terangan coretan di segenap itu untuk aku...
perit hati ini..
sakit tak terperi..
aku tahu aku tidak layak sama sekali..


aku hanya tempat persingahan untuk kau melepaskan kesunyian..
aku hanya insan yang bodoh terlalu mengagungkan sesuatu yang aku tahu akan menjadi begini..
inilah insan yang dulu sanggup berbuat apa sahaja untuk kau..
tetapi kau hanya mengira dari segi kesalahan yang telah aku lakukan dari segala apa yang telah aku korbankan..
sehingga kini, aku tak mampu menahan kesakitan ini,,
aku gagahkan diri dengan kembali seperti dulu..
tapi kau yang pergi dulu..
mungkin itu adalah yang terbaik..
putuslah sebuah ikatan persahabatan itu..
demi nama baikmu..
demi perasaanmu..
berat kaki ingin melangkah..
berat lagi hati menanggung penghinaan..
hiduplah kau dengan gembira..
aku cuba lupakan apa yang berlaku..
aku cuba..