~dIaM~

diamkan sahaja..
biarlah dia sahaja yang berkata-kata..
cukuplah dengan apa yang berlaku..
kini aku semakin mengerti..
terasa kesal..
sebab terus menuding jari..
oleh itu..
diamkan sahaja..
itu haknya..

~LeaVE~

pergilah jika kau mahu pergi..
pergilah jika itu yang terbaik..
pergilah jika itu mampu membahagiakan mu...
aku di sini akan sentiasa mendoakan mu..
mendoakan kesejahteraan mu..
kebahagiaan mu..
sebab aku tak mampu hidup tanpa kau di sini..
sekurang-kurangnya aku dapat cuba melupakan kau..


tapi mengapa bukan dari dirimu aku tahu??
bukan darimu aku mengerti??
jika kau ikhlas..
khabarkan lah..
aku cuba fahami..
aku cuba kenangi..


bukan aku membenci..
sedangkan hati ini sarat dengan rindu..
namun aku seakan-akan tidak diperlukan..
ibarat barang terbuang..
tidak bernilai..


pergilah jika kau rasa ini yang terbaik..
aku bukan lah sesiapa untuk menghalang mu..
aku hanya insan yang terlalu sayangkan hubungan ini..
ini takdirnya, aku redha..

~nIcE~

menjadi seperti dulu??
mungkin tidak..
kerana ramai yang benci aku yang dulu..
apa salahnya aku cuba mengubah diri..
agar menjadi lebih bagus dari dulu..
walaupun masa dulu amat aku rindui..
amat aku cemburui..
aku cuba hiraukan apa yang cuba kau katakan..
sebab aku tahu segalanya untuk aku..
bukan aku mampu menutup segala kebenaran..
walaupun aku tahu kebenaran itu sangat menyakitkan..
lebih baik aku diamkan demi aku, kau dan dia..
telah lama aku menyepi..
kini aku cuba menjadi yang terbaik kembali..

~hONesT~

sejak bila aku suka kan kau??
sejak mula-mula aku bertapak di sini..
adakah ini hanyalah kata-kata kosong??
tidak, aku ikhlas..
sejak mula-mula aku nampak kau..
aku sangat berharap aku dapat mengenali kau dengan lebih rapat..
namun kau tak akan perasan..
jarak masih memisahkan kita..
aku putuskan untuk menunggu hari itu datang..
jika takdir akan menemukan kita..
insyaallah..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak mula-mula aku beranikan diri menegur kau..
kau sangat baik..
seperti yang pernah aku cuba bayangkan..
tapi siapakah aku ketika itu??
hanya seorang manusia yang ketandusan hati..
tanpa teman di sisi..
kau hadir ketika aku sunyi..
bersyukurnya aku..
doa aku telah makbul..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak aku terasa aku sudah menemui siapa yang boleh aku harapkan..
ketika itu, aku ketepikan segala masalah aku..
kerana bagi aku cukuplah jika aku ada kau seorang..
tiada lagi hati lain yang perlu aku jaga..
seolah-olah aku mendapat kekuatan untuk teruskan kehidupan ini..
sekali lagi doa aku dimakbulkan..
alhamdulillah..
aku bersyukur kepadaNya..


namun..
semakin hari semakin banyak dugaan yang aku hadapi..
aku sudah terikat dengan permainan hati aku sendiri..
aku tidak seharusnya terlalu mengharap..
tiada yang kekal dalam dunia ini..
setiap hari aku kekal berdoa..
dengan harapan kekal lah hubungan ini..
aku cuba berubah..
berubah untuk menjadi yang terbaik..
aku ubah perasaan ini..
agar hubungan ini diredhaiNya..
aku cuba berlagak seperti biasa..


tapi..
aku semakin letih..
aku seakan-akan berputus asa..
adakah ini penghujungnya??
adakah ini jalan yang telah Dia tentukan untuk aku??
sesungguhnya sesuatu hubungan itu adalah suci..
adalah biasa jika sekali sekala di landa ombak..
namun aku tahu, sekuat mana aku menafikan..
aku sendiri sudah tahu dengan jelas jawapannya..
perlukah aku berputus asa??


hati..
permainan hati memang kejam..
cukuplah dengan hati-hati yang sudah banyak aku lihat terluka..
sekiranya aku diberi peluang..
aku ingin pergi jauh dari sini..
jauh dari segala sengsara yang tak pernah sekali aku inginkan..
bukan aku cuba menidakkan kuasaNya..
aku hanya manusia biasa..
aku tak kuat sekarang..
aku perlukan seseorang..
seperti dulu..


sejak bila aku suka kan kau??
sejak dulu, kini dan selamanya :'(

~iT's hApPEN~

ia sudah terjadi..
mampukah aku menahannya??
adakah aku sekuat itu??
oh tuhan..
berikanlah aku kekuatan..
aku akui..
ini jalan yang telah kau tentukan..
namun, masihkah ada kesempatan untuk aku??
untuk bersamanya??
biarlah yang terjadi menjadi kenangan..
tapi janganlah diragut kenangan ku itu..
aku sayangkan hubungan ini tuhanku..

~nOBodY~

gelak kegembiraan..
cuba sembunyikan segalanya-galanya..
hati ini masih cuba untuk bertahan..
walaupun aku tahu tanpa mu hidup aku tak lengkap..
semakin hari aku semakin malas berdoa..
sedangkan dahulu itulah yang aku pohonkan..
aku seakan-akan semakin berputus asa...
Tuhanku..
kuatkanlah hatiku..
sekelip mata menjadi asing sangat berat bagi aku..
aku tahu aku bukanlah sesiapa..
aku cuba berserah..
aku redha dengan jalan yang telah Kau tentukan....

~tEmAn~

aku berteman pilu..
bersahabatkan duka..
bermimpikan lara..
aku rela mengalah selalu..
inikah yang harus aku terima..
walaupun aku cuba menjadi setia..
hebatnya lakonan aku..
namun sehebat mana aku cuba sembunyikan..
sekuat mana aku nafikan..
aku tak mampu tipu hati aku sendiri..
kejamnya dunia ini bagi aku..
terasa asing dengan sekelip mata..
apakah lagi yang perlu aku pertahankan?? mampukah aku teruskan..
sedangkan aku hanya bertemankan sepi..
aku rindu sinar yang dahulu..
menyinar setiap pagiku..
setiap nafas ku..
kini terbenam tanpa sebarang cahaya..
hilang meninggalkan aku..
temani lah aku kembali..
rayu ku..

~hAVe tO~

i miss u..
miss the whole of you..
where i can find someone like you??
now i have to go away..
far away from you..
coz i don't want have a wrong feeling..
i'm already fall to you..
i have to..
u wanna be alone..
i leave you alone..
even my heart so hard to..